Perkahwinan Putera Harry, Meghan Markle dijangka berjumlah AS$80 juta

LONDON: Apabila kerabat diraja British Putera Harry dan pelakon warga Amerika Syarikat (AS) Meghan Markle mengumumkan pertunangan Isnin lalu, syarikat pengeluar cenderahati United Kingdom (IK) bergegas bertindak.

Keluarga diraja adalah perniagaan lumayan bagi UK dan penganalisis menjangka perkahwinan tahun ini dijangka berjumlah STG60 juta (AS$80 juta) dalam bentuk jualan tambahan.

“Pasukan pereka bekerja keras,” kata Pamela Harper, pengerusi merangkap ketua pegawai eksekutif Halcyon Days yang berpangkalan di London.

Syarikat itu akan mengeluarkan produk tembikar peringatan sejurus tarikh majlis perkahwinan di tentukan.

Istana Kensington, berkata majlis perkahwinan akan diadakan pada Mei 2018, tetapi tarikh sebenar belum diumumkan.

Harper mengetahui akan pertunangan itu apabila berita ringkas terkini berbunyi pada telefon bimbit.

Halcyon Days sedang membangunkan idea bagi produk, berbincang berhubung warna dan reka bentuk.

“Majlis perkahwinan kerabat diraja tidak mengambil masa lama. Kita perlu bersiap sedia awal,” katanya.

Perkahwinan abang Harry, William dengan Kate Middleton sebelum ini pada April 2011 melonjak jumlah pelawat ke negara itu sebanyak 350,000 dalam bulan itu saja, demikian menurut Jabatan Perangkaan UK.

Perkahwinan itu menyumbang peningkatan STG527 juta dalam perbelanjaan runcit UK, termasuk STG199 juta dalam cenderahati perkahwinan dan memorabilia lain, demikian menurut anggaran Centre for Retail Research firma yang berpangkalan di UK. – Bloomberg

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *