Peserta Miss Universe Dari Ghana ‘JATUH HATI’ Pada Lee Min Ho

Jika anda gemar menonton filem Korea atau lebih dikenali sebagai K-drama, pasti anda sudah kenali dengan pelakon kacak dari Korea Selatan yang telah mencipta fenomena menerusi lakonannya dalam drama sensasi, ‘Boys Over Flower’, ‘The Heirs’, dan ‘The Legend of the Blue Sea’, iaitu Lee Min Ho.

Namun, ternyata, demam Lee Min Ho bukan sahaja melanda pencinta K-drama sahaja tetapi ia juga melanda Miss Universe Ghana, Ruth Quarshie. Rahsia itu telah dibongkarkan oleh Miss Universe Korea, Cho Se Whee di Instagram-nya.

Melalui Instagram-nya, @sehui1004, Se Whee telah menceritakan bagaimana dia dan Ruth berkenalan semasa menyertai pertandingan Miss Universe 2017 di Las Vegas dan bagaimana Ruth berusaha keras untuk mendapatkan nombor telefon dan juga alamat rumah Lee Min Ho darinya.

Jelas Se Whee, Ruth telah bertanya lebih daripada 80 kali padanya adakah dia mempunyai nombor telefon atau alamat rumah Lee Min Ho, menyangkakan yang Se Whee mungkin mempunyai kenalan atau mengenali pelakon terkenal itu.

Malah, Ruth turut mengatakan yang Lee Min Ho telah berpisah dengan kekasihnya, Suzy, jadi, itu adalah peluang untuk dirinya berkenalan dengan Lee Min Ho. Perkongsian Se Whee itu telah mendapat respon yang positif dari netizen.

Ini kerana, yang pastinya itu bukan persoalan Ruth sahaja tetapi juga semua peminat pelakon itu yang turut sama ingin mengetahui nombor telefon dan alamat rumah pelakon Lee Min Ho.

Pada akhir statusnya, Se Whee meminta supaya sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Lee Min Ho untuk menghubunginya. Wah, adakah itu petanda yang Se Whee akan membawa Ruth berjumpa dengan Lee Min Ho jika dia sudah dapat maklumat mengenai pelakon itu?

Pasti itu akan menjadi detik yang paling dicemburui oleh semua peminat Lee Min Ho diseluruh dunia. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *