Pihak berkuasa California buru remaja lelaki campak kucing

PIHAK berkuasa San Bernardino, California, kini giat menjalankan siasatan selepas sebuah video menunjukkan seorang remaja lelaki mencampakkan kucing di jalan raya tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video berdurasi selama 10 saat dan telah dikongsi ribuan kali di Twitter itu, seorang remaja berusia 16 tahun dilihat memegang kucing di halaman sebuah rumah sebelum membaling haiwan tersebut sejauh kira-kira 18 meter.

“Kejadian berlaku di kejiranan kami dan pihak berkuasa bertungkus-lumus untuk mencari kucing itu dan suspek.

“Jabatan Polis Fontana juga telah menghubungi beberapa individu bagi membantu siasatan,” menurut polis.

Menurut laporan akhbar Press-Enterprise, pengguna paling awal berkongsi video tersebut dikenal pasti sebagai pelajar Sekolah Tinggi A.B Miller.

Dalam pada itu, pemilik kucing bagaimanapun mengesahkan kucing peliharaannya berada dalam keadaan baik dan pihak berkuasa haiwan telah membantu merawat kakinya yang retak.

Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan difahamkan suspek berdepan tuduhan kekejaman terhadap haiwan. – CBS News

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *