Pihak berkuasa Jerman siasat punca berlaku insiden rempuhan tren

BERLIN – Pihak berkuasa Jerman kini sedang menyiasat punca berlakunya insiden rempuhan tren penumpang ke atas kereta api kargo tidak bergerak berhampiran Duesseldorf hingga mencederakan sekurang-kurangnya 41 orang, semalam.

Jabatan Bomba Meerbusch dalam satu kenyataan berkata, tujuh daripada keseluruhan mangsa terbabit cedera parah dengan seorang daripada mereka kini berada dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, ketika kejadian, seramai 173 orang berada dalam tren penumpang yang dikenali sebagai National Express itu. -AFP

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *