Pintu Hati Neelofa Sudah Terbuka Semula Untuk Bercinta

Sejak Fattah Amin berkahwin dengan Fazura, ramai peminat Neelofa yang masih tidak boleh ‘move on’ dengan fenomena Lofattah membuat spekulasi mengatakan yang pelakon cantik manis itu sedang bersedih dan masih tidak boleh melupakan ‘kekasih lama’nya itu.

Namun, menurut laporan seorang wartawan di sebuah portal akhbar tempatan, Neelofa sebenarnya sedang rapat dengan seorang jejaka yang sedang menanti peluang untuk mencuba nasib untuk masuk ke dalam hati Neelofa.

Malah, hubungan Neelofa dengan jejaka itu juga sudah memasuki tahap rindu dan sayang. Namun, siapa jejaka itu hanya Neelofa sahaja yang tahu.

Jika benarlah apa yang dilaporkan oleh wartawan itu, ini bermakna yang Neelofa sudah lama ‘move on’, dan tidak bersedih seperti yang netizen katakan.

Lagipula, tak akan lah wanita secantik Neelofa ingin bersedih lama-lama, sedangkan ramai jejaka lain beratur ingin menjadikan Neelofa pemaisuri hati mereka. Harap berita itu boleh menghentikan komen-komen negatif yang mengatakan kononnya Neelofa masih belum ‘move on’.

Apapun, semoga ‘hubungan’ rindu dan sayang Neelofa dengan jejaka misteri itu berakhir dengan berita gembira. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *