Polis kembali ketuai kempen perangi dadah di Filipina

Manila: Polis kembali mengetuai kempen memerangi dadah di Filipina, kurang dua bulan pasukan itu diundurkan selepas bantahan terhadap operasi semakin meningkat.

Jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, Harry Roque semalam berkata, polis dibawa kembali mengetuai kempen itu selepas jenayah dadah meningkat sejak ketiadaan pasukan berkenaan.

Ujarnya, Duterte menandatangani satu perintah semalam yang mengarahkan polis kembali menyertai kempen itu.

“Terdapat peningkatan ketara aktiviti dadah dan jenayah yang berlaku,” katanya yang membawa perintah berkenaan.

Duterte yang berjanji menghapuskan dadah dalam masyarakat ketika berkuasa pada tahun lalu, melancarkan kempen yang menyebabkan ribuan suspek terbunuh.

Sejak berkuasa, polis melaporkan membunuh 4,000 suspek dalam operasi yang dilakukan.

Sebanyak 2,290 pembunuhan lagi adalah berkaitan jenayah dengan ribuan lagi kematian masih belum diselesaikan.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *