PPBM adalah parti Pra Matang didalam Pakatan

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau lebih dikenali sebagai Parti Bunga ini merupakan parti parti pra-matang.

Beliau berkata parti yang diterajui bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu nak susun struktur parti pun huru-hara dan tak tentu hala.

Malah, Shaiful berkata kehadiran 12 orang perwakilan dalam parti itu menunjukkan parti itu semakin hilang kepercayaan ahlinya.

“Di Kedah ni parti bunga.. hakikatnya mereka ni tak kuat pun, parti bunga ni parti kanyaq. Tahu tak apa kanyaq? Kalau bahasa orang putih ia ‘premature’..

“Nak susun parti pun tak tentu hala.. nak cari pemimpin bahagian pun tak mampu, buat mesyuarat agung pun tak berjaya.. kehadiran 12 orang dikatakan mesyuarat agung, ini memalukan.

“Baru-baru ini berapa ramai kalangan ahli parti bunga di Kedah yang sudah mengumumkan keluar parti.. mereka belum apa-apa lagi mereka dah hilang percaya,” katanya semasa perbahasan ucapan Dasar Presiden, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Jadi, katanya, tiba masanya UMNO untuk tidak lagi bercerita mahupun bersembang mengenai parti lawan khusus PPBM sebaliknya melakukan strategi serangan berterusan terhadap parti pembangkang.

“Kita kenal, tahu orang parti bunga.. cuma kita ni jenis baik, tak buka keburukan orang. Tapi rasanya masa nak simpan cerita dah tamat, masa kita serang kita akan pastikan cerita-cerita songsang.

“Kita singkap satu demi satu.. ini bukan masa bertahan, kalau mereka boleh serang presiden pagi petang siang malam depan belakang, mereka perlu rasa musibah yang sama,” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *