Rita Rudaini Cerita Pasal Kucing, Bukannya Perli Fattzura..

Pelakon terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa kecewanya pada sesetengah pihak yang menuduhnya memerli atau menyindir pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Fazura mengenai isu ‘bilik air’.

Seperti yang semua ketahui, sebelum ini Fazura pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan yang sejak berkahwin dia sukar untuk berpisah dengan suaminya malah walaupun untuk ke bilik air kerana rindu.

Dan, sejak itu kenyataan Fazura itu telah mendapat perhatian netizen kerana merasakan itu adalah sesuatu yang sangat kelakar dan romantic untuk pasangan pengantin baru itu. Namun, yang kurang enaknya, netizen terjadi terlebih sensitif apabila ada artis lain menceritakan mengenai bilik air.

Sampai mengatakan artis itu telah memerli pasangan Fattzura. Namun, menerusi posting di Instagram, pelakon terkenal, Rita Rudaini menjelaskan yang dia tiada memerli sesiapa apabila menyebut mengenai bilik air kerana dia tidak tahu menahu mengenai isu itu.

Jelas Rita, dia berasa kecewa apabila ada sesetengah pihak mengatakan yang laporan sebuah akhbar tempatan bertajuk ‘Amboi Rita..’ yang menceritakan mengenai kisah Rita dengan kucing peliharaannya, Dahlia sebagai memerli atau menyindir pasangan yang baru berkahwin iaitu Fattah dan Fazura.

Dalam laporan itu, Rita menceritakan yang kucingnya itu terlalu manja dengannya sampai akan mengikut kemana sahaja Rita pergi meskipun ke bilik air dan disebabkan terlalu sayang pada kucingnya itu, Rita pasti akan merasa rindu jika tidak nampak kucing itu di depan matanya.

Hanya disebabkan kenyataan seperti itu, ada pihak mengatakan yang Rita telah memerli pasangan sensasi itu. Malah, bukan Rita sahaja yang dituduh tetapi akhbar tempatan yang menulis cerita itu juga turut dituduh menutar belitkan cerita.

Walhal, laporan yang ditulis itu benar mengenai Rita dan kucingnya, Dahlia. Oleh itu, Rita berharap agar netizen berhenti berfikiran negatif dan sentiasa bersangka baik kepada orang lain kerana Rita sememangnya tidak pernah tahu mengenai isu bilik air Fazura itu.

Nampaknya, hebat betul panahan cerita Fattzura ini, sampai sesiapa sahaja sebut bilik air akan dikatanya memerli pasangan itu. Hamboi sensitif betul, sampai siapa sahaja sebut pasal bilik air terus dicop menyindir Fattzura.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *