Rozita Che Wan Larang Suami “Extend Masjid”

Jika lihat akaun Instagram pelakon dan usahawan berjaya, Rozita Che Wan atau Che Ta pasti peminat akan perasan yang isteri kepada Zain Saidin ini sering sibuk menguruskan perniagaannya sehingga terpaksa meninggalkan suaminya.

Namun, bukan itu sahaja, setiap kali Che Ta memuat naik gambar di Instagram pasti pengikutnya akan berasa terhibur melihat caption yang ditulis Cha Ta yang kadang-kala seperti sarcastic.

Baru-baru ini, Che Ta ada memuat naik gambarnya sedang berposing seperti sedang berbual dengan seseorang dalam telefon kononnya sedang memberi amaran kepada suaminya supaya jangan nakal, jangan pergi ke pusat karaoke, dan jangan ‘extend’ masjid.

Rata-rata peminat yang melihat posting Cha Ta itu turut sama berasa terhibur dengan caption yang ditulis Cha Ta yang seakan-akan berkait rapat dengan isu-isu panas yang melanda dunia hiburan.

Namun, Che Ta tiada menyebut nama sesiapa dalam caption itu. Mungkin Che Ta sengaja letakkan caption seperti itu kerana ingin bergurau dengan suaminya sekaligus mengingatkan suaminya supaya tidak berbuat seperti itu ketika dia sedang bekerja. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *