Sampai bila rakyat P.Pinang rela diperbodohkan oleh Guan Eng dan DAP?

DAP sememangnya parti yang licik dan sering mempedayakan rakyat dengan janji-janji manis mereka. Janji-janji manis yang ditaburkan DAP itu hanyalah sekadar janji kosong untuk menyedapkan telinga rakyat. Bila hasrat mereka sudah tercapai, segala janji yang dijanjikan akan dilupakan dan diabaikan.

Lihat sahaja apa yang jadi di negeri Pulau Pinang. Sejak DAP mengambil alih negeri itu daripada kerajaan sebelum ini iaitu Barisan Nasional (BN) pada 2008, rakyat negeri itu diasak dengan pelbagai kenaikan cukai yang jelas tidak munasabah.

Tak cukup dengan itu, habis aset-aset negeri dijual kepada pemaju luar. Begitu juga, DAP yang sebelum ini menjanjikan akan menjaga alam sekitar di negeri. Adakah janji itu ditunaikan oleh DAP? Tidak.

Buktinya apabila banyak kilang haram yang beroperasi di negeri itu. Lihat sahaja berapa ramai yang menjadi mangsa pencemaran kilang haram di Kampung Sungai Lembu. Kilang haram ini wujud ketika zaman pemerintahan DAP, namun DAP cuba menunding jari kepada kerajaan BN sebelum ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang diberi gelaran lidah bercabang seperti biawak cuba mengelak daripada bertanggungjawab apabila mendakwa kononnya kilang haram tersebut sudah wujud ketika zaman BN. Walhal, tuduhan itu adalah tidak benar.

Guan Eng melemparkan tuduhan itu kerana mahu mengelak bertanggungjawab. Lebih mengecewakan, Guan Eng sanggup melihat penduduk kampung Sungai Lembu mati akibat dijangkiti kanser yang berpunca daripada kilang haram.

Sehingga kini kilang haram yang beroperasi selama 10 tahun tanpa lesen tiada diambil sebarang tindakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, malah kilang ini dilindungi lagi. DAP sendiri melindungi kilang haram ini biarpun sudah mendapat bantahan daripada penduduk setempat.

Ini namanya Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab dan tidak peduli dengan nasib rakyat. Rakyat negeri Pulau Mutiara itu harus bangkit dan bantah perangai dan sikap Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab ini. Sampai bila rakyat negeri itu rela diperbodohkan oleh DAP?

Cukup-cukuplah selama sembilan tahun mereka diseksa di bawah pemerintahan DAP. Sudah jelas DAP sememangnya gagal mentadbir negeri itu dengan baik. Pastikan rakyat menghukum DAP Pulau Pinang atas kertas undi nanti. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *