Satu dunia kena tipu dengan Zombie Angelina Jolie

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita Iran berusia 19 tahun sanggup lakukan kira-kira 50 pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah seperti pelakon pujaannya, Angelina Jolie.

Tetapi, orang ramai mengecam tindakan wanita itu kerana wajahnya lebih mirip ‘zombi’. Sahar Tabar, sudah mula popular di Instagram dengan lebih 300,000 pengikut.

Dia mendakwa sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan seperti Angelina. Jika melihat pada instagramnya penuh dengan gambar seperti zombi menyerupai Angelina.

Namun begitu, Tabar tampil mendedahkan perkara sebenar dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik. Gambar yang menunjukkan dia kelihatan seperti zombi itu hanya disunting menggunakan kaedah ‘Photoshop’.

Dia sengaja mengubah suai kesemua gambarnya itu demi menunjukkan seni dan semata-mata demi hiburan.

“Gambar yang dimuat naik di Instagram milik saya sebenarnya telah disunting menggunakan kaedah ‘photoshop’,” katanya.

Tabar menyunting gambar itu memberi kepuasan kepada dirinya. Ia adalah satu cara untuk memberi hiburan pada diri sendiri.

Disebabkan itu juga nampaknya satu dunia telah menjadi mangsa ditipu dengan zombi Angelina Jolie.

Apapun, ramai orang memuji hasil suntingan gambar-gambar Tabar yang kelihatan seperti zombi itu kerana nampak sangat ‘real’. Sekali pandang tiada siapa yang sedar itu adalah hanya suntingan ‘photoshop’. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *