Sekuel Filem Ant-Man Berunsur Komedi Romantik

Filem ‘Ant-Man and the Wasp’ bakal menjadi filem komedi-romantik pertama keluaran Marvel Studio dan ia juga turut dianggap sebagai satu langkah bijak yang dilakukan oleh Kevin Feige untuk membantu penonton mengelakkan diri dari keletihan menyaksikan filem superhero.

Menurut ComicBook.com, pra-tonton Disney yang akan datang adalah sebahagian daripada acara 104th Russian International Film Market yang bukan sahaja menyiarkan trailer filem ‘Black Panther’ tetapi mereka juga akan menayangkan sudutan filem ‘Ant-Man and the Wasp’.

Malah, naib presiden Studio Pemasaran Disney, Elena Brodskaya dikatakan telah memanggil filem itu sebagai ‘filem “romkom” (romantik-komedi) yang pertama dari Marvel.

Pengarah filem itu, Peyton Reed turut mengatakan yang filem ‘Ant-Man’ yang akan datang adalah berbeza dari yang filem yang sebelum ini.

Oleh sebab masih tiada lagi filem Mervel yang bergenrekan romantik komedi, ini menunjukkan yang kenyataan Redd yang filem ‘Ant-Man and the Wasp’ akan berbeza itu boleh dianggap sebagai benar dimana filem ‘Ant-Man’ yang terbaru itu nanti adalah filem romantik komedi Marvel yang pertama.

Sementara itu, filem ‘Ant-Man and the Wasp’ akan ditayangkan pada 6 Julai 2018 dan akan dibintangi oleh Paul Rudd, Evangeline Lily, Bobby Cannavale, Michael Pena, Tip ‘TI’ Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Laurance Fishburne, Hannah John-Kamen, Randall Park dan Walton Goggins. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *