Sekumpulan pelarian Palestin adakan tunjuk perasaan di ibu negara Jordan

AMMAN: Sekumpulan pelarian Palestin mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara Jordan, susulan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Beberapa remaja melaungkan slogan anti Amerika Syarikat (AS) manakala di kem pelarian Baqa, ratusan remaja memenuhi kawasan sekitar dan melaungkan kecaman terhadap Presiden AS, Donald Trump.

Mereka turut mendesak kerajaan Jordan membatalkan perjanjian damai yang dibuat dengan Israel pada 1994.

“Cukuplah bersama-sama Amerika. Amerika ialah ibu segala kejahatan,” laung mereka.

Amman sebelum ini dilihat agak sensitif dengan sebarang perubahan terhadap status Baitulmaqdis yang diperoleh Israel dari Jordan menerusi peperangan pada 1967.

Ramai rakyat Jordan dari keturunan pelarian Palestin yang ditinggalkan keluarga masing-masing selepas pembentukan Israel pada 1948. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *