Setakat Main Twitter Tak Akan Boleh Bantu Orang Miskin

Nampaknya isu berkaitan dengan pelakon penuh kontroversi, Fathia Latiff masih tidak berpenghujung. Selain dari isu-isu berkaitan dengan kariernya sebagai pelakon dalam industri seni, nama Fathia juga turut terpalit dengan isu yang berkaitan dengan politik.

Disebabkan keterbukaannya dalam meluahkan pendapatnya di media sosial mengenai isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia seperti banjir di Pulau Pinang dan banyak lagi sehinggakan netizen mengatakan Fathia itu adalah ‘anti-kerajaan’.

Namun, Fathia telah tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan dia hanya bersuara untuk mewakili pihak lain mengunakan imej ‘public figure’ yang dia miliki.  Namun, itu tidak berakhir disitu sahaja kerana baru-baru ini, nama Fathia telah menjadi sasaran kritikan puteri UMNO.

Sewaktu berucap daalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira telah mengkritik tindakan Fathia yang seperti kebudak-budakkan ketika menyuarakan pendapatnya mengenai isu semasa di media sosial.

Sewaktu berucap, Dira yang juga seorang pelakon itu secara terbukanya mengatakan yang jika benar Fathia ingin bercakap mengenai perjuangan rakyat, Fathia sepatutnya turun padang seperti Puteri UMNO dan bukan sekadar menekan-nekan telefon pintar.

Malah, Dira juga turut menasihati Fathia supaya duduk diam-diam dan perbetulkan lakonan dan hidupnya dahulu tanpa perlu menyibuk hal kerajaan kerana Fathia tidak tahu apa-apa mengenai kerajaan.

Isu ini telah menjadi semakin hangat dan video ucapan Dira itu juga telah menjadi viral di media sosial. Namun, Fathia juga tidak mudah melatah, malah memilih untuk menerima teguran dan kritikan Dira itu kerana masing-masing mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.

Tapi, suarakan pendapat itu memang tiada salahnya tetapi sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, kena juga pastikan yang fakta maklumat yang ingin dikongsikan itu sahih atau tidak, bukan apa sekadar periksa supaya tidak tersebarkan berita yang tidak benar.

Lagipula, kalau setakat bersuara dekat Twitter, macam tiada membantu mana-mana pihak sahaja, lainlah kalau wakil dari mana-mana NGO yang membantu dan menjaga orang miskin di Malaysia ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *