Suami cemburu buta tetak punggung dan leher isteri hingga mati

Hanya kerana cemburu buta, seorang suami 30 tahun sanggup membunuh isterinya sendiri dengan cukup sadis di desa Muara Beliti palembang dalam kejadian semalam.

Kejadian berkenan disahkan oleh AKBP Bayu Dewantoro pada pemberita,katanya kejadian bermula dari mangsa yang ingin lari dari rumah dengan alasan tak tahan hidup dengan suspek.

Ketika kejadian,katanya suspek dah cuba menghalang,namun mangsa berkeras mahu keluar rumah juga hingga pergaduhan berlaku.

 

Tak tahan dengan sikap isteri yang menyemburkan kata-kata kesat,suspek kemudian mengunci pintu dan pergi kedapur mengambil sebilah parang sebelum menetak punggung isterinya terlebih dahulu.

Tak cukup disitu suspek juga bertindak menetak leher isterinya sebanyakn dua kali hingga meninggal dunia.

Pihak polis Muara Beliti yang menerima maklumat dari orang awam tiba di lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek pagi tadi.

Dalam siasatan lanjut, suspek mengaku mencurigai isterinya telah berlaku curang, dan mendakwa isterinya mahu lari dari rumah kerana mahu hidup dengan lelaki lain.

Sumber – malaysianupdate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *