Suami ceraikan isteri hanya kerana punggungnya hitam..

Perkahwinan adalah merupakan hal yang sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia kebiasaanya terjadi sekali sahaja seumur hidup.

Namun ada juga perkahwinan yang berakhir di tengah jalan kerana pelbagai alasan dari pasangan.

Penceraian yang berlaku didalam perkahwinan ternyata menyakitkan, apatah lagi jika ianya terjadi berpunca dari erkara-perkara kecil yang adakalanya langsung tidak masuk akal.

Seperti yang terjadi kepada satu pasangan di Surabaya, Indonesia ini, mereka bercerai hanya kerana timbul rasa tidak puas hati akibat dari “punggung hitam”.

Pasangan Suwardjo (31) dan juga Rini (26) merupakan pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan belum pun sampai usia setahun.

Tindakan Suwardjo yang memfailkan cerai terhadap isterinya di Pejabat Agama Surabaya, telah menimbulkan sedikit kekecohan gara-gara alasannya yang dianggap sangat melucukan.

Tetapi bagi Suwardjo yang berkerja sebagai guru tersebut, beliau langsung tidak dapat bertoleransi dengan keadaan fizikal isterinya yang didakwa memiliki punggung yang sangat hitam sehingga membuatkannya hilang nafsu.

Menurut Rini, sikap suaminya berubah ketika selepas malam pertama perkahwinan mereka. Dan Rini juga mendedahkan bahawa mereka melakukan hubungan intim hanya sekali sahaja sepanjang perkahwinan berkenaan.

Rini menjelaskan, semenjak dari malam pertama, suaminya akan berdalih serta menjauhkan diri apabila beliau cuba bermesra dengannya. Rini tidak mengetahui punca sebenar sehinggalah suaminya memfailkan penceraian.

Bagaimanapun, Rini yang tersinggung dengan alasan suaminya itu mendesak pihak Agama meluluskan penceraian berkenaan setelah mengetahui hal yang sebenar.

Bagi Rini, Suwardjo juga bukanlah berkulit putih sangat malahan beliau mendedahkan mempunyai punggung yang tak kurang hitam sepertinya juga. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *