Tak suka bunyi mulut kunyah makanan adalah tanda Orang Bijak

Dalam ramai-ramai kawan anda pasti ada yang jenis bila kunyah makanan akan berbunyi. Walaupun ada yang merasakan bunyi kunyah makanan itu tidak terlalu kuat. Tetapi, ada sesetengah orang yang sangat sensitif dengan bunyi ini.

Jika anda antara salah seorang yang tidak suka mendengar bunyi orang kunyah makanan, bermakna anda menghidap penyakit misophonia, atau sindrom sensitif kepada bunyi tertentu.

Misphonia terjadi kepada mereka yang terlalu sensitif dengan bunyi kecil yang dihasil daripada mulut seperti makan, menguap, bernafas, mengunyah atau bersiul.

Sesiapa yang menghidap misophonia ini akan merasa tidak tenang, panik, takut dan gemuruh apabila mendengar bunyi-bunyi kecil itu. Malah, ada antara penghidap sindrom ini tidak suka makan di tempat orang ramai seperti yang berlaku pada Meredith Rosol.

Meredith Rosol, 25, merupakan seorang guru telah diagnosis menghidap misohonia. Disebabkan sindrom itu dia akan menyumbat telinga dengan penyumbat telinga setiap kali makan bersama ibubapanya.

“Saya belum pernah makan dengan orang tua saya tanpa penyumbat telinga selama lebih satu dekad.” katanya.

Sehingga kini, masih tiada perkara yang dapat menjelaskan mengapa penyakit itu boleh berlaku pada seseorang. Malah, masih tiada sebarang penawar yang dapat dikenal pasti untuk memulihkan penyakit itu.

Walaupun begitu, seseorang yang tak suka dengar bunyi kunyah makanan ini dikaitkan dengan orang bijak.

Kajian Universiti Northwestern menunjukkan mereka yang menghidap penyaki misophonia ini mempunyai level kreativiti yang tinggi dan lebih bijak berbanding orang lain.

Namun, kajian juga mendedahkan hanya 20 peratus daripada penduduk di dunia ini yang menghidap penyakit tersebut. –utaranews 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *