Tanggal seluar didakwa buang air besar ketika mabuk, penyokong Sunderland ditahan

SEORANG penyokong Sunderland yang ditahan kerana mabuk semasa perlawanan membabitkan pasukan itu pada Sabtu lalu tidak membuang air besar di tempat duduknya, kata polis.

Menurut beberapa laporan menyebut penyokong berumur 17 tahun itu menanggalkan seluarnya dan menjadikan tempat duduknya sebagai tandas.

Dalam perlawanan itu, Sunderland tewas kepada Reading dengan 1-3.

Sekeping gambar menunjukkan remaja itu dengan seluarnya telah ditanggalkan, tular di media sosial.

Seorang jurucakap Polis Northumbia tampil menjelaskan tiada kes berhubung laporan media mengenai seorang penyokong yang didakwa membuang air besar semasa perlawanan antara Sunderland dan Reading pada Sabtu lalu.

Tambahnya, suspek ditahan kerana mabuk di kawasan sukan dan kes tersebut telah diselesaikan.

“Dia tidak buang air besar di tempat duduknya,” ujar jurucakap polis itu.

Seorang jurucakap kelab pada Ahad memberitahu, perkara tersebut diserahkan kepada Polis Northumbria. – Mirror

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *