Tayang Gambar Bertatu Dan Berbikini, Alicia Amin Tak Takut Dikritik

Sebut sahaja nama Alicia Amin pasti yang akan terlintas difikiran netizen adalah gambar seksi dan berani yang sering dikongsikan model dan pelakon ‘Meh Sandar Lagi’ itu di Instagram-nya. Nama Alicia juga sudah sebati dengan segala kontroversi melibatkan penampilannya yang boleh digelarkan sebagai ‘berani mati’.

Mana tidak, rasanya tiada lagi artis Malaysia yang boleh menandingi keberanian dan keseksian Alicia. Selepas isu gambar separuh bogelnya, kini Alicia kembali semula mencipta kontroversi baru dengan memuat naik gambarnya memakai bikini di Instagram.

Dalam gambar itu, Alicia kelihatan berposing di beberapa tempat di sebuah pulau di Kota Kinabalu, Sabah sambil memakai bikini ‘2 piece’ berwarna kelabu yang jelas menampakkan keseksian yang dimilikinya.

Malah, Alicia juga kelihatan senang menayangkan  tatu yang ada pada badannya kepada netizen meskipun sebelum ini Alicia pernah dikecam netizen kerana bertatu sedangkan dia beragama Islam dan perbuatannya itu seperti memalukan imej orang Islam.

Meskipun dihujani dengan pelbagai komen negatif, namun Alicia tetap tenang dan tidak memperdulikan segala kritikan netizen itu. Malah, pada satu gambar itu, Alicia dilihat telah membalas beberapa komen yang netizen tinggalkan padanya.

Sudah pasti Alicia tidak akan mudah melatah dengan komen-komen itu, kerana kalau tidak, sudah pasti lama sudah bahagian komen pada akaun Instagram-nya ditutup. Lagi pula, Alicia sendiri pernah mengatakan yang dia sudah bersedia untuk menerima segala kritikan netizen sejak berusia 16 tahun.

Jadi, pasti semua itu sudah tidak meninggalkan kesan lagi untuknya. Dari buang masa tulis komen kecaman seperti itu, adalah lebih baik jika netizen sama-sama berdoa agar Alicia mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *