Teksi hitam London kini mesra alam guna elektrik ganti diesel

TEKSI hitam di London kini mesra alam, menggunakan elektrik bagi menggantikan diesel.

Teksi enam tempat duduk yang menyediakan Wi-Fi, pengecas USB dan tingkap pada bumbung, mampu bergerak sehingga 640 kilometer namun masih mengekalkan tambang.

“Walaupun model baru, anda boleh nampak dengan jelas ia teksi hitam London,” kata Chris Gubbey iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kenderaan Elektrik London milik syarikat China, Geely.

Menurutnya, teksi baru itu mempunyai badan aluminium dengan enjin elektrik yang lebuh jauh jarak perjalanan.

“Perkara terpenting ialah ia menjadikan udara London lebih bersih,” katanya.

Teksi baru itu lebih mahal, berharga 55,000 pound (RM299,623) namun menurut Gubbey ia menjimatkan kos bahan api 100 pound (RM544) seminggu (kira-kira RM2,200 sebulan).

Teksi itu diperkenal menjelang peraturan baru yang bakal dikuatkuasa di London beberapa minggu lagi, yang mewajibkan hanya teksi hibrid atau bebas pencemaran sepenuhnya dibenarkan.

Lebih 9,000 teksi elektrik, separuh daripada jumlah sedia ada dijangka berada di atas jalan raya di London menjelang 2021.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *