Tetak ibu sendiri kerana tersalah buang air bekas ikan yang di siang

Tragedi pembunuhan seorang ibu Hamidah (55) yang dilakukan oleh anaknya sendiri Davi (27) di bangka tengah telah menggemparkan media negeri itu.

Dipercayai mangsa ditikam sebanyak 3 kali sebelum suspek bertindak lebih kejam dengan menetak kepala mangsa menggunakan parang hingga isi otaknya terkeluar.

Menurut saksi Supri jiran mangsa,dia mendengar jeritan minta tolong dan bergegas ke sumber suara. dilokasi kejadian dia menemukan mayat Hamidah bersimbah darah,sementara suspek dipegang oleh abangnya Adnen dimana ketika itu suspek masih memegang parang.

“Saya terus ke dapur dan terkejut melihat ibu Hamidah sudah telungkup dengan luka koyak di bagian belakang kepala”Katanya.

Suspek yang sudah dua hari ditahan di balai polis bangka menunjukkan rasa bersalah dan menyesal.Dalam satu video yang di muat naik baru-baru ini dilaman media sosial,suspek di lihat menangis dan berkata menyesal membunuh ibunya.

Ketua polis Bangka Tengah AKBP Edison Ludy Bard berkata dalam sidang media hari ini, suspek membunuh ibunya dipercayai berpunca daripada suspek yang tidak tahan di marahi oleh ibunya,hanya kerana tersalah membuang air bekas ikan yang dia siang.

Sumber – malaysianupdate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *