Tidur Lewat Mampu Membunuh Secara Senyap

Siapa disini ada tabiat sukar tidur malam? Tidur lambat ataupun sukar tidur malam ini adalah sangat merbahaya untuk kesihatan.

Tidak mendapat tidur yang cukup akan membuatkan anda menjadi lemah sekaligus merosakkan sistem antibodi di dalam badan anda. Contohilah seperti nabi Muhammad S.A.W, yang tidak suka melambat-lambatkan tidur.

Berikut adalah ancaman yang akan berlaku jika anda sering tidur lewat;

1. Lemah Sistem Imun

Sel-sel darah putih didalam tubuh anda akan rosak disebabkan tabiat tidur lewat. Badan anda akan menjadi lemah, tidak bertenaga dan mudah untuk mendapat pelbagai penyakit.

2. Kencing Manis

Hormon dalam tubuh badan juga akan terganggu dan mengakibatkan jumlah insulin menurun kerana tubuh tidak toleransi dengan glukosa yang terkandung didalamnya. Jadi orang yang sering tidur lewat akan mudah untuk mendapat penyakit diabetis.

3. Kerosakkan Otak

Tubuh anda tidak akan dapat rehat secukupnya jika tidur lewat walaupun jumlah waktunya sama. Hanya orang mendapat tidur yang cukup pada waktu malam sahaja akan mendapat tubuh fizikal yang lebih baik. Sebaliknya, jika anda sering tidur lewat anda akan mudah terkena ‘berat kepala’ sewaktu mahu baangun. Itu adalah tanda dimana berlakunya gegaran kecil pada otak anda. Hati-hati ianya mampu membuatkan kerosakkan otak.

4. Kanser Hati

Menurut sebuah penelitian yang dilakukan oleh para doktor di National Taiwan Hospital, mereka telah menemukan bahawa tidur lewat malam dan bangun terlalu awal merupakan penyebab utama kerosakan hati.

Jadi, jagalah kesihatan anda. Pasti anda mendapat rehat dan tidur yang sempurna. Sayangilah diri anda. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *