Trailer Avengers – Infinity War Ditonton Lebih 230 Juta Kali

Los Angeles – Meskipun masih lambat lagi untuk ditayangkan tetapi ternyata peminat dan pengikut filem Avengers sudah tidak sabar lagi untuk menyaksikan sendiri filem ‘Avengers: Infinity War’ keluar di pawagam pada bulan Mei tahun hadapan.

Mana tidaknya, baru beberapa hari sahaja dikeluarkan, trailer filem ‘Avengers: Infinity War’ yang menampilkan hampir keseluruhan superhero Marvel telah pun ditonton lebih daripada 80 juta pengguna di YouTube.

Malah, dalam masa 24 jam dikeluarkan, trailer itu juga telah ditonton sebanyak 230 juta kali dan ia telah mencatatkan rekod baru menepis rekod yang dipengang oleh filem ‘It’ sebelum ini. Trailer filem ‘It’ telah ditonton sebanyak 197 juta kali.

Selain memecahkan rekod tontonan, menurut The Hollywood Reporter, trailer ‘Infinity War’ juga telah menjadi trailer filem pertama yang paling banyak dibincangkan di media sosial dan terdapat lima babak dalam trailer itu telah menjadi bahan perbualan utama peminat Avengers.

Antaranya adalah, penampilan terbaru Captain America (Chris Evans), kuasa terbaru Spidey Peter Parker (Tom Holland), kemunculan Guardians of the Galaxy, jeritan “give this man shield” dari Black Panther (Chadwick Boseman) serta larian beramai-ramai ahli Avengers di akhir trailer.

Yang pastinya, peminat Avengers dan superhero Marvel sudah tidak sabar lagi menanti kemunculan filem yang paling dinanti-nantikan itu keluar divpawagam. Tambahan pula, dalam filem kali ini, pasukan Avengers akan bergabung bersama pasukan Guardians of the Galaxy untuk mengalahkan musuh bernama Thanos.

Saksikan trailer Avengers: Infinity War’ disini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *