Trak rempuh 2 kereta di lebuh raya, pemandu mengadu terlelap

RAKAMAN ngeri sebuah trak merempuh dua buah kereta di lebuh raya yang sibuk selepas pemandunya mengadu terlelap menjadi tular di media sosial.

Mariusz Wlazlo, 47, dihukum penjara selama 16 bulan oleh Mahkamah Wolverhampton Crown selepas trak yang dipandunya merempuh dua buah kenderaan yang berada di hadapannya.

Pemandu kereta jenis Polo, seorang wanita yang berusia dalam linkungan 50-an dirawat selama seminggu di hospital selepas mengalami retak tulang rusuk dan tulang belakang.

Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta jenis Toyota mengalami kecederaan di bahagian leher dan belakangnya kesan kemalangan tersebut.

Wlazlo memberitahu polis bahawa dia tertidur semasa kemalangan tersebut.

“Saya fikir saya terlelap seketika. Saya tidak boleh jelaskan kerana saya tidak ingat. Ia seperti mimpi,” katanya.

Rakaman dari dashcam trak tersebut menunjukkan kenderaan yang dipandu Wlazlo itu memecut laju secara tiba-tiba.

Wlazlo melakukan perbuatan itu antara persimpangan 8 dan 7 dekat Great Barr, Birmingham pada 15 Mac lalu.

Akibat kemalangan itu, lebuh raya tersebut ditutup selama 90 minit.

Malah, lesen memandu Wlazlo yang berasal dari Speke, Liverpool digantung selama tiga tahun dan lapan bulan.

Dia turut diarahkan untuk mengambil semula ujian memandu.

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *