Ude Mohon Diberi Peluang Jadi Suami Yang Baik

Kontroversi mengenai perkahwinan rahsia diantara pelakon Izreen Azminda dengan pemain muzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude masih hangat diperkatakan.

Selepas berita perkahwinan itu terbongkar, netizen mula mengkritik Izreen, meluahkan rasa tidak puas hati kerana Izreen telah berkahwin dengan suami orang. Tambahan pula, perkahwinan itu diluar pengetahuan isteri pertama Ude, Intan Liana Azman.

Meskipun, isteri pertama Ude bersedia untuk menerima Izreen dan hidup bermadu tetapi netizen masih tidak berhenti menulis pelbagai komen berbaur kecaman kepada Izreen, dan juga Intan yang mungkin boleh menganggu emosi.

Oleh itu, dalam kenyataannya pada Melodi TV3, Ude meminta supaya netizen berhenti membuat spekulasi dan beri dia peluang memikul tanggungjawab sebagai suami kepada Intan dan Izreen yang telah sah menjadi isterinya.

Jelas Ude, dia sedar keadaan rumah tangganya menjadi bertambah tegang kerana campur tangan orang luar, jadi dia berharap sangat lepas ini tiada sesiapa lagi buat sebarang spekulasi buruk lain yang boleh mengganggu emosi isterinya.

Betul juga, disebabakan campur tangan orang luar masalah yang kecil boleh menjadi bertambah besar. Lagi pula, orang luar main cakap apa yang mereka Nampak sahajaa, tetapi yang tahu isu itu hanya Ude, Izreen dan juga Intan sahaja.

Jadi, selepas mendengar penjelasan Ude itu harap netizen boleh beri peluang pada Ude untuk buktikan yang dia boleh berpoligami dengan adil untuk kedua-dua isterinya. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *