Umat Islam diseru boikot barangan AS dan Israel

Baru-baru ini, PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump telah mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Disebabkan tindakan itu juga ia telah membangkitkan kemarahan masyarakat Palestin dan dunia Islam. Malaysia juga telah menolak sekeras-kerasnya cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Ketua Biro Komunikasi dan Media (BKOM) Isma, Dr. Norzila Baharin, meminta semua umat Islam di Malaysia agar memboikot barangan Amerika Syarikat dan Israel.

Usaha ini amat penting untuk menunjukkan umat Islam di Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan Presiden AS itu dan menyokong rakyat Palestin yang dihimpit dengan konflik Israel-Palestin ini.

“Kita perlu bangkit dengan memboikot barangan Israel dan Amerika seperti jenama Colgate, Starbucks, McDonals, Adidas dan Apple. Sudah tiba masanya kita memberi sokongan yang penuh pada produk Muslim yang sedia ada di pasaran,” katanya.

Walaupun beliau sedar ada segelintir barangan AS dan Israel yang agar sukar untuk rakyat Malaysia boikot seperti Google, Facebook dan Waze. Tetapi kesedaran untuk memboikot barang itu harus ada dalam diri umat Islam.

“Perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan saya kira. Terbukti pada tahun 2014, mereka telah rugi berjuta-juta pound sterling akibat gerakan memboikot produk AS dan Israel yang dikenali sebagai BDS (Boycott, Divestment and Sanction Movement) yang dilakukan di Eropah.

“Justeru, saya menyeru untuk kita bersepakat dalam hal Baitul Maqdis ini kerana sesungguhnya rakyat Palestin telah lama dizalimi dan menderita. Yang paling penting adalah kerana kita satu akidah, satu ummat dan satu jasad,” ujarnya.

Diharap, Umat Islam terus istiqamah dalam memboikot produk Israel dan AS kerana itu sahaja cara paling mudah untuk menyatakan sokongan kita kepada Palestin.

Jika kita tidak mampu memboikot semua produk mereka, kita boikot yang mana kita mampu boikot. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *