UMNO bukan sebuah parti Rasis

Parti DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng merupakan parti licik dan banyak muslihat. Parti yang majoritinya kaum Cina itu sering menuduh bahawa kononnya UMNO merupakan sebuah parti perkauman dan memusuhi masyarakat Cina.

Walaubagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menafikan dakwaan biadap DAP itu dan menegaskan bahawa UMNO bukan sebuah parti rasis dan menghormati semua bangsa.

Beliau berkata, UMNO dan MCA telah bekerjasama sejak sebelum merdeka dan bersama-sama memajukan negara dan memperjuangkan untuk semua kaum.

“Walaupun UMNO dan MCA parti berasaskan kaum tetapi kita tidak rasis”.

“Teras BN ialah kita saling menghormati, bersatu dan berpegang kepada konsensus”, kata Liow selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017.

Pegangan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak pernah berubah sejak merdeka lagi. Ini jauh berbeza yang berlaku kepada parti pakatan pembangkang.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail wujud apabila berlaku persengketaan antara Anwar dan Mahathir pada 1998.

Manakala, Parti Amanah Negara (PAN) pula wujud apabila pemimpinnya memilih DAP berbanding untuk setia bersama PAS. Parti yang diterajui Mohamad Sabu ini lebih rela menjadi boneka kepada parti rasis dan cauvinis DAP.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula wujud apabila Mahathir merasakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengikut telunjuknya.

Parti DAP pula merupakan parti serpihan parti PAP yang kita sendiri tahu sejarah silam mereka sehingga tercetus peristiwa 13 Mei.

Sebelum ini, Mahathir sendiri berkata parti-parti yang berada dalam pakatan pembangkang tidak akan kekal. Ini kerana katanya, mereka hanya berpakat, selepas misi berjaya mereka akan berpecah mengikut haluan masing-masing.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini beriya-iya mahu siasatan terhadap Mahathir dalam isu dana forex, tetapi sekarang Kit Siang buat U-Turn apabila tidak mengaku dan menunding jari kepada UMNO pula.

Walaupun DAP memperolehi kemenangan, namun kemenangan itu kerana mereka berjaya bermain sentimen perkauman. Hakikatnya, jika dilihat track rekod kita sendiri tahu bagaimana pencapaian DAP.

Buktinya boleh dilihat di negeri Pulau Pinang. Banyak projek tergendala seperti terowong dasar laut yang sehingga kini hanya bermain politik murahan. Manakala, bukit-bukit di negeri itu habis ditarah demi pembangunan.

Membantu DAP ibarat menolong anjing yang tersepit. Ini kerana bila terdesak, mereka dengan muka tembok memohon bantuan dari BN. Namun bila selesai dibantu, digigit semula kita.

Jadi, DAP patut berhenti bermain politik murahan. Mereka sebelum ini juga berkata kononnya akan mempertahankan Islam, tapi bab perundangan Islam mereka lebih sudu daripada kuah pula. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *