Umur 30 Adalah Puncak Kecantikan Seseorang Wanita

Ramai orang cakap wanita akan nampak cantik bila umur mencecah 30 tahun. Betul ke?

Menurut satu kajian daripada British Telegraph menyatakan, seseorang wanita itu akan mencapai tahap kecantikan yang paling sempurna ketika berusia 31 tahun. Fakta ini sebenarnya telah dilakukan ke atas 2000 lelaki dan wanita di Britain tidak lama dahulu.

Kajian tersebut juga mendapati, kecantikan seseorang wanita itu juga boleh ditafsir daripada paras, personaliti dan juga penampilan mereka. Seramai 70 peratus daripada responden menyatakan wanita akan nampak cantik apabila menonjolkan sifat berkeyakinan tinggi mereka.

Malah 67 peratus pula mengatakan, kecantikan itu bergantung pada wajah yang menawan. Manakala selebihnya pula mengatakan kecantikan wanita itu dilihat berdasarkan cara penampilan sahaja.

Ada juga yang berpendapat bahawa kecantikan wanita bukan hanya terletak pada tuan punya badan sahaja tetapi pada mata orang yang melihatnya juga. Akan tetapi didalam zaman yang moden dan serba canggih ini, hanya perlu keluarkan sedikit modal untuk kelihatan cantik.

Tak hairan lah ramai artis-artis diluar sana yang dulunya kelihatan biasa-biasa sahaja tetapi kini mempunyai kulit yang putih, halus dan mulus mengalahkan anak dara.

Walaupun begitu terdapat juga kajian yang menyatakan daya tarik wanita mencapai kemuncaknya pada usi 30 tahun, mula mengeluarkan tanda penuaan pada usia 31 tahun,
mula hilang keseksian pada usia 53 tahun, dan mula kelihatan tua di usia 55 tahun.

Wanita yang berusia dikatakan kelihatan lebih cantik berbanding anak dara, kerana pada usia dan ketika ini mereka telah pun memiliki aset hidup yang paling berharga seperti kematangan fikiran, lebih berkeyakinan dan mempunyai ekonomi yang kukuh.

Berbanding budak-budak muda yang pada ketika ini sedang sibuk membina kerjaya dan terpaksa berjimat cermat demi mancapai keselesaan hidup dikemudian hari. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *