Untung Lah Isteri Yang Dapat Suami Begini..

Dah masuk bulan Disember ni memang banyak lah kan undangan perkahwinan yang kita akan dapat. Kawan-kawan pun ramai yang tengah sibuk buat persiapan hari bahagia sendiri.

Pada yang masih sedang tercari-cari lagi tu make sure pilih la yang betul-betul boleh jaga kita, jangan main serkap asal boleh je pulak. Takut makan diri nanti. Tapi bak kata orang dulu-dulu, kalau dah jodoh tu takkan kemana kan.

Bagi perempuan pula, semestinya nak cari lelaki yang terbaik kan untuk dijadikan suami ataupun dalam bahasa hipsternya imamku. Ye la, perkahwinan ni bukan perkara main-main bagi seorang perempuan sebab kalau tersalah pilih merana nanti.

Di bawah ni kami kongsikan beberapa tips terbaik untuk mencari calon suami;

1. Yang Berkemampuan

Ini sangat penting kerana tugas suami adalah untuk menyara keluarga, jadi penting untuk semua perempuan mencari calon suami yang agak berkemampuan dan yang paling penting BEKERJA. Jangan pula lepas kahwin kita yang kena sara dia.

2. Boleh Dijadikan Sebagai Pengganti Ayah & Ibu

Cari lelaki yang betul-betul sayang dan sanggup menjaga seperti mana yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kita. Yang sanggup melindungi daripada segala bahaya dan kecelakaan. Ini kerana setiap perempuan yang telah sah menjadi isteri kepada seseorang lelaki, maka dengan secara automatiknya lelaki tersebut akan menjadi tempat dia bergantung hidup.

3. Pandai Menjaga Darjat Diri

Sumai yang baik akan sering mengajak isterinya ke arah kebaikan, sentiasa menjauhkan yang mungkar dan tidak akan sesekali mengingkari janji-janjinya. Isteri juga wajib mentaati suami dan saling mengingatkan kerana ada masanya lelaki juga akan terlalai dari tanggungjawabnya.

4. Pandai Menguruskan Rumah Tangga

Jika dapat suami yang pandai memasak, menjahit atau mengemas ini memang satu bonus besar buat si isteri. Ini kerana suami yang pandai dan rajin membuat kerja rumah ini tidak akan membebankan isterinya untuk membuat kerja rumah jika si isteri tidak berdaya. Bahkan akan meringankan lagi tugas perempuan sebagai isteri dirumah.

5. Mempunyai Kepercayaan Sepenuhnya Terhadap Perempuan

Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isterinya, ini bererti perasaan sentiasa bersangka buruk itu akan selalu menghantui rumahtangga. Percaya kepada pansangan ini tersangatlah penting untuk kebahagiaan bersama.

6. Rajin Dan Berfikiran Luas

Calon suami terbaik adalah lelaki yang rajin bekerja tau, bukan yang jenis nak menumpang harta perempuan je. Pilih lelaki yang mempunyai sikap sentiasa ingin memajukan diri dan tidak malas untuk berjaya.

7. Mudah Memaafkan

Lelaki yang tidak memaafkan ini selalunya mempunyai ego yang sangat tinggi malah paling buruk sekali jika mempunyai sifat dendam. Harus diingatkan perempuan juga janganlah sering mengulangi kesilapan yang sama, jika suami sudah memaafkan jangan ambil mudah dan belajar dari kesilapan itu.

8. Daripada Keturunan Orang Baik-baik

Sebaiknya pilih lelaki yang mempunyai budi bahasa dan akhlak yang mulia. Boleh tengok daripada keluarganya, jika semua baik-baik pasti keturunannya juga baik-baik belaka kan. Insha-Allah akan melahirkan zuriat yang baik-baik juga. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *