Vitamin C hanya bantu kurangkan pigmen, bukan tambahkan putih di wajah

Ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memutihkan dan mencerahkan kulit, sehingga ada yang menghabiskan duit ribuan ringgit itu perkara itu. Semua wanita kalau boleh mahukan produk yang boleh putih secepat yang mungkin.

Jadi produk yang semakin popular yang dilakukan oleh orang ramai disebabkan boleh mendapat hasil kulit putih dan cerah dalam masa cepat ialah penggunaan intravenous vitamin C infusion.

Atau panggilan lebih mudah ‘cucuk vitamin C’. Pasti ramai yang pernah cuba dan pernah dengar tentang cucuk vitamin C untuk dapatkan kulit putih dan cerah kan?

Rawatan ini dilakukan dengan cara memasukkan Vitamin C dalam badan yang melalui saluran darah. Tapi memang cucuk vitamin C ini benar-benar boleh putih kulit ke?

1. Dikenali sebagai L-ascorbic asid atau pun ascorbate ion

Ascorbic daripada ‘ascorbus’ bermaksud tiada scurvy. Istilah yang diambil bersempena makanan yang dapat menghindarkan diri dari terkena penyakit pendarahan gusi.

Penyakit pendarahan gusi ini berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan kalogen untuk sembuhkan tisu sebab ketiadaan vitamin C.

2. Kebanyakan organisma lain hasilkan vitamin C dengan sendiri

Berlainan dengan manusia tidak boleh hasilkan vitamin C dengan sendiri. Ia disebabkan manusia tak boleh menghasilkan enzim-enzim yang membantu penghasilan vitamin C tersebut. Jadi manusia perlu dapatkan vitamin C dari sumber luar.

3. Merupakan anti-oksida

Kehadiran vitamin C dapat membantu menghapuskan radikal bebas dan melindungi kulit dan sembuhkan kulit jika diberi secara (krim) kepada kulit.

4. Mampu kurangkan kerosakan dari sinaran UV

Pengambilan vitamin C secara (krim) membuktikan ia mampu mengurangkan kerosakan berpunca daripada sinaran UV. Malah, dapat lindungi sel dan juga protein daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

5. Putihkan secara oral

Kajian dibuat, vitamin C mampu putihkan kulit secara oral dan juga intravenous tidak akan meningkatkan kuantiti vitamin C secara signifikan di bahagian kulit. Pengkaji lebih fokuskan pemberian vitamin C secara topikal, iaitu letak terus kepada kulit sebab terbukti lebih efektif.

6. Pemutihan kulit dengan vitamin C

Masih tak ada kajia yang betul-betul buktikan vitamin C mampu putihkan kulit sebab semua masih di peringkat makmal.

Kajian di makmal hanya menemui bahawa vitamin C mampu mengurangkan penghasilan pigmen yang dipanggil sebagai melanin. Pigmen ini menyebabkan kulit menjadi gelap. Vitamin C mengurangkan pigmentasi dengan cara merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes. Ini menjadikan penghasilan melanin berkurangan dan secara teorinya menyebabkan kulit bertambah cerah.

Kesimpulannya, cucuk vitamin C tidak akan meningkatkan kandungan vitamin C di bahagian kulit secara signifikan.

Malah, secara amnya tidak ada kajian yang benar-benar dijalankan pada manusia menunjukkan vitamin C boleh memutihkan kulit sama ada melalui oral (mulut), intravenous(melalui saluran darah) dan juga secara topical (sapu terus pada kulit). –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *