Wanita Islam jangan ambil gambar di kedai orang kafir.. – UAI

Golongan wanita Islam dilarang untuk mengambil gambar di kedai foto milik orang bukan Islam, kata penceramah terkenal Azhar Idrus.

Beliau menasihati orang Islam jika sebelum ini ada mengambil gambar di kedai foto bukan Islam, tetapi di masa akan datang elakkan untuk mengambil gambar di kedai bukan Islam untuk menjaga batasan syarak.

“Gambar orang perempuan, anak dara kita, isteri kita, jangan bagi duduk pada tangan orang kafir. Yang lepas-lepas hendak buat macam mana. Yang akan datang jangan ambil gambar di kedai orang kafir.

“Jangan ambil gambar di kedai orang kafir kerana tidak mulia,” katanya.

Beliau berkata begitu ketika diminta mengulas tentang hukum menyimpan gambar perempuan yang bukan muhram.

Azhar berkata, zaman sekarang lelaki dan wanita bukan mahram sering memuatnaik atau berkongsi gambar melalui media sosial semata-mata untuk berseronok.

Perbuatan itu sebenarnya akan menjurus kepada zina kerana bermula dari menatap gambar, kemudian melahirkan perasaan rindu dan akan mengadakan pertemuan.

Walaupun begitu, terdapat pengecualian kepada majikan jika mahu menyimpan gambar pekerja wanita Islam.

Selain itu, Azhar berkata haram untuk seseorang wanita Islam berkenalan dengan lelaki Islam melainkan niat hendak bernikah. Sebolehnya wanita Islam berkenalan dan berkawan dengan wanita.

“Kawan sama-sama perempuan tidak apa. Carilah kawan sama-sama perempuan, biar sampai ke hujung dunia, sampai ke Amerika, Kanada, tiada hal, sama-sama perempuan, dengan kafir pun boleh. Dengan orang laki-laki tidak boleh juga, melainkan niat hendak bernikah,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *