Wanita sibuk berkerja akan hidup sunyi tanpa pasangan

Tidak salah untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja dan mencapai segala yang diimpikan. Tetapi, jangan sesekali memikirkan mempunyai pasangan itu akan mengganggu prestasi kerja anda.

Wanita bekerjaya sekarang dilihat terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tidak mahu mempunyai komitmen untuk bekeluarga. Disebabkan itu wanita sibuk bekerja akan hidup sunyi tanpa pasangan.

Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, jika seseorang wanita itu dilamun cinta atau bercinta, perkara itu langsung tidak akan menganggu prestasi kerja mereka. Oleh itu, jangan pernah takut untuk menjalinkan hubungan cinta untuk bekerluarga.

“Saya tak nampak bercinta itu mengganggu fokus atau pekerjaan kita hidup kena faham kita lari dari satu masalah tidak bermakna kita tak didatangi masalah yang lain hidup ini kita akan sentiasa berdepan dengan masalah tekanan sebab selagi kita hidup kita akan diuji akan ada masalah kita memikirkan mungkin ada seorang ‘boyfriend’ ataupun pasangan maka kita akan rasakan bahawa ia akan mengganggu fokus kita, produktiviti kita dan memperlahankan kita untuk mencapai cita-cita,” katanya.

Beliau berkata, wanita perlu melihat pada sudut positif sesuatu hubungan itu bukan hanya memandang pada sudut negatif. Jika pasangan yang dicari itu adalah pasangan yang sesuai, ia akan menjadi pendorong untuk lebih berjaya dalam kerjaya.

“Maka ia boleh jadi ‘booster’ yang boleh memberikan dorongan, motivasi, boleh membantu dan melengkapkan kelemahan – kelemahan atau kekurangan yang kita ada dan ini akan mempercepatkan kita untuk mencapai hasrat dan cita-cita dalam hidup kita” ujarnya.

Tambahnya lagi, wanita yang sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai pasangan akan berdepan dengan tekanan kerana tiada seseorang untuk mencurah perasaan. Nampak di luar seronok tetapi kenyataan apabila tidur malam terasa keseorangan.

Hidup ini kita memerlukan keluarga, kita bukan akan sentiasa sihat selalu. Jika hidup berterusan berseorangan, tiada siapa yang akan menjaga kita bila sudah tua.

“Kita kena faham hidup ni sebenarnya kita perlukan keluarga perlu orang terdekat perlukan pasangan perlukan anak anak kita kena faham kita bukan sihat selalu dan utuk menjaga kita, waktu kecil kita ada ibu bapa, ada adik-beradik apabila kita sudah masuk alam dewasa, masing-masing sudah mula sibuk urusan kerja keluarga masing-masing kita tidak ada seseorang yang boleh menjaga kita” katanya.

Apapun, perkahwinan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. Janganlah kerana terlalu mengerjakan kerjaya sehingga ramai wanita yang sanggup tidak mahu berkahwin kerana merasakan perkahwinan itu adalah sesuatu perkara yang membebankan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *