‘Wolverine’ Tolak Tawaran Jadi James Bond

Sebut sahaja nama Hugh Jackman, pasti yang akan terlintas di fikiran adalah watak Wolverine yang sudah sebati dengan dirinya. Tetapi, disebalik semua itu, rupanya pelakon kelahiran Australia itu sebenarnya pernah diberi peluang untuk berlakon dalam filem James Bond.

Menurut Variety, Jackman telah mendedahkan yang namanya telah dipertimbangkan untuk menjadi pengganti Pierce Brosnan yang melakonkan watak 007 dalam empat filem James Bond dari tahun 1995 sehingga tahun 2002.

Jelas Jackman, sewaktu berlakon filem X-Men 2, dia telah mendapat panggilan dari agensinya untuk bertanya adakah dia berminat untuk berlakon filem Bond. Waktu itu, Jackman merasakan yang skrip filem itu sangat sukar dipercayai dan gila, jadi dia rasakan mereka perlu menjadi lebih berani dan nyata.

Namun, disebabkan bimbang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan dua perkara berbeza, jadi, Jackman memilih untuk menolak tawaran Bond dan terus melakonkan watak Wolverine dalam lapan filem X-Men.

Yang pastinya, franchise Bond tetap mengikuti keberanian yang Jackman mahukan apabila Daniel Craig berjaya mengantikan Brosnan dalam filem Casino Royale pada tahun 2016. Malah, Craig juga bakal melakonkan semula watak Bond dalam filem Bond 25 yang dijangka keluar November tahun hadapan.

Macam sukar saja nak bayangkan bagaimana agaknya jika Hugh Jackman melakonkan watak Bond~ –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *