Zunar dakwa UMNO tak ada maruah dan memalukan

“Mereka (Umno) tak ada maruah dan memalukan,” kata kartunis Kartunis kontroversi yang dikenali Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.

Beliau berkata demikian ketika mengulas karikatur pemimpin Pakatan Harapan (PH) di dinding Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-71 sedang berlangsung bermula semalam.

“Mesej saya kepada Umno, teruskanlah. Buatlah sebanyak mana pameran kartun yang anda mahu.

“Tapi soalan saya, mengapa Umno datang dan serang saya ketika saya adakan pameran yang sama tetapi dengan subjek berlawanan di Pulau Pinang?,” soalnya.

Beliau tidak berpuas hati apabila pihak polis tidak melakukan sebarang tindakan kepada wakil-wakil UMNO yang menganjurkan pameran kartun tersebut.

“Apabila saya dan Fahmi Redza adakan pameran, anda tangkap kami dengan hukum kami atas undang-undang hasutan dan multimedia. Tapi bila Umno buat, diam saja.

“Saya tak minta polis tangkap kartunis Umno. Tapi kenapa double standard?” soalnya.

Pada Julai, Zunar membatalkan pameran jalanannya yang pertama di Pulau Pinang, kononnya kerana “ancaman dari sekumpulan pengacau”.

Tahun lalu, Zunar pernah ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 susulan laporan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung pameran kartun oleh Zunar atas alasan kartun-kartun tersebut memaparkan gambaran negatif terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *