5 Filem Bollywood Yang Ditunggu Pada Tahun 2018

Industri perfileman India telah menjadi salah satu negara yang menghasilkan banyak filem dalam masa satu tahun dan semakin maju teknologi, filem-filem India atau lebih dikenali sebagai filem Bollywood masa kini sudah canggih dan setaraf dengan filem Hollywood.

Disebabkan itu juga, filem Bollywood sudah mula mendapat penerimaan di luar negara India sehingga berjaya menduduki kedudukan teratas carta ‘box office’.  Jadi, sempena memasuki tahun baru 2018, kami telah menyenaraikan 5 buah filem Bollywood yang wajib ditonton untuk tahun ini.

  1. Padman

Filem ini akan menceritakan mengenai seorang lelaki yang sangat mengambil berat terhadap keadaan wanita-wanita di India yang masih mengunakan kain atau surat khabar sebagai penganti kepada tuala wanita ketika sedang datang bulan kerana tidak mampu untuk membelinya.

Disebabkan itu, lelaki itu telah membuat satu kajian untuk menghasilkan tuala wanita yang jauh lebih murah daripada yang terjual dipasaran. Filem adaptasi dari buku ‘The Legend of Lakshmi Prasad’ karya Twinkle Khanna itu telah dibuat berinspirasikan dari seorang aktivis sosial, Arunachalam Muruganantham.

Twinkle yang juga merupakan isteri kepada Akhsay Kumar akhirnya ingin mengeluarkan filem itu dan memilih suaminya sebagai hero utama untuk filem yang akan ditayangkan pada bulan April 2018 ini.

  1. Hichki

Dalam filem ini, Rani Mukherjee akan melakonkan watak seorang guru yang menderita penyakit Tourette dimana ia adalah penyakit gangguan neuropsikotri yang membuatkan pesakit melakukan sesuatu perbuatan itu secara berulang kali tanpa mereka menyedarinya.

Dan, filem ini akan menunjukkan bagaimana seorang individu yang mempunyai penyakit seperti itu mengubah kelemahannya menjadi kekuatan. Filem Hichki akan ditayangkan pada bulan Febuari 2018 ini.

  1. Fanney Khan

Filem ini merupakan filem pertama lakonan Aishwarya Rai selepas berkahwin dan dalam filem yang akan menceritakan mengenai usaha keras seorang bapa untuk melihat anaknya berjaya dalam industri muzik itu, Ash akan bergandingan dengan Anil Kapoor.

Bagi anda yang mengemari filem bergenre muzikal, filem Fanney Khan ini mungkin akan menjadi salah satu filem kegemaran anda kerana ia akan dipenuhi dengan adegen tarian serta nyanyian daripada isteri Abhishek Bachchan itu.

Jadi, jangan lupa untuk saksikan filem Fanney Khan pada bulan Jun ini.

  1. PARI

Filem ini pula mengisahkan mengenai seorang gadis yang menjadi mangsa gangguan seksual dan ia dijangka akan keluar di pawagam pada bulan Febuari 2018 ini.

  1. Kalakaandi

Filem bergenre ‘black comedy’ ini akan dibintangi oleh Saif Ali Khan dan Akshay Oberoi dan mengisahkan mengenai kehidupan Saif Ali Khan bersama kawan-kawannya yang berkisar mengenai kisah kehidupan seperti kematian dan juga karma.

Filem Kalakaandi ini dijadualkan keluar pada bulan Januari 2018.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *