6 Filem Animasi Hollywood Yang Wajib Tonton Pada 2018

Perkembangan teknologi masa kini telah membuatkan filem animasi menjadi bertambah menarik untuk ditonton. Dengan peningkatan grafik, warna yang tepat, serta adegen dalam filem yang lebih menumpukan kepada adegen kekeluargaan itu membuatkan filem anamasi menjadi filem pilhan pertama untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Jadi, ini adalah senarai 6 buah filem animasi yang akan ditayangkan pada tahun 2018 ini, yang pasti anda tidak mahu terlepas peluang untuk menyaksikannya dipawagam bersama keluarga tercinta.

  1. The Jungle Bunch

Filem karya TAT Studio itu sebenarnya telah ditayangkan sejak bulan September 2017 lalu diluar negara tetapi filem yang akan menceritakna mengenai sekumpulan haiwan yang sedag dalam misi menyelamatkan rumah hutan mereka itu akan ditayangkan di Malaysia  hanya pada 25 Januari 2018 ini.

  1. Peter Rabbit

Filem Sony Pictures ini telah termasuk dalam kategori filem ‘live-action’ dimana ia akan mengabungkan pelakon sebenar dengan watak animasi, diadaptasi daripada buku cerita klasik karya Beatrix Potter dan akan keluar dipawagam pada 15 Mac 2018.

  1. Ise of Dog

Filem Fox Searchlight Pictures ini dihasilkan berlatarbelakangkan negara Jepun di masa hadapan dimana anjing telah ditempatkan di sebuah pulau terpencil kerana menghidap penyakit ‘canine flu’ dan aa akan dijangka ditayangkan pada 20 April 2018.

  1. The Incredibles 2

Filem sekuel kepada ‘The Incredibles’ yang ditayangkan pada tahun 2014 lalu telah mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan sekuelnya dan ia akan ditayangkan pada 14 Jun 2018 ini.

  1. Hotel Transylvania 3: Summer Vacation

Ini merupakan siri ketiga untuk filem ‘Hotel Transylvania’ yang menceritakan mengenai hotel yang dijaga oleh Count Dracula bersama tetamu-tetamunya yang merupakan pelbagai jenis ‘monster’. Filem ini akan ditayangkan pada 12 Julai 2018 ini.

  1. Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2

File mini juga merupakan sekuel untuk filem ‘Wreck It Ralph’ yang ditayangkan pada tahun 2012 yang lalu. Untuk sekuel kedua ini, ia akan menceritakan mengenai pengembaraan Ralph dalam dunia permainan yang dimasukinya.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *