9 Filem Blockbuster Yang Paling Dinantikan Pada 2018

Nama Disney bukanlah sesuatu yang baru kerana empayar Disney telah mula mencipta nama di dalam industri perfileman sejak bertahun-tahun lalu sehingga sebut sahaja Disneypasti semua orang akan kenalinya serta filem-filem yang Disney keluarkan.

Bukan itu sahaja tetapi, nama Disney juga dilihat semakin meningkat naik selepas bekerjasama dengan Pixar untuk mengambil alih franchise Star Wars yang mana filem terbaru ‘Star Wars: The Last Jedi’ telah mendapat kejayaan yang besar.

Dan disebabkan itu juga, setiap tahun peminat filem-filem Disney pasti akan berasa tidak sabar untuk menyaksikan filem-filem Disney keluar dipawagam. Jadi, khas buat peminat filem Disney, ini adalah senarai 9 buah filem blockbuster keluaran Disney untuk tahun 2018;

  1. Black Panther

Meskipun filem ‘Black Panther’ tidak sehebat filem-filem Marvel yang lain, tetapi peminat Marvel tetap akan berasa gembira dengan kerana Marvel memilih untuk mengeluarkan superhero baru. Black Panther atau Prince T’Challa akan dilakonkan oleh Chadwick Boseman dan akan keluar dipawagam pada bulan Februari ini.

  1. A Wrinkle in Time

Filem adaptasi novel karya Madeleine L’Engle pada tahun 1963 ini akan menceritakan mengenai seorang lelaki yang menghilang secara tiba-tiba sewaktu melakukan satu kajian misteri.  Selain Oprah Winfrey, filem ini turut akan dibintangi oleh Torm Reid, Reese Witherspoon, Mindy Kaling, Gugu Mbatha-Raw, Andre Holland dan Zach Galifianakis, ia akan ditayangkan pada bulan Mac ini.

  1. Avangers: Infinity War

Tidak dinafikan Avengers adalah filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Marvel serta Avengers yang telah mengikuti perjuangan pasukan Avengers sejak dari mula lagi. Tapi, tenang sahaja penantian anda bakal berakhir tidak lama lagi kerana filem ‘Avengers: Infinity War’ dijadualkan keluar pada bulan Mei ini.

  1. Solo: A Star Wars Story

Selepas filem Star Wars mendapat kejayaan yang sangat mengalakkan, Disney tidak akan membiarkan kejayaan itu berlalu begitu sahaja tetapi mengunakan itu untuk mengeluarkan filem prequel Star Wars yang akan menfokuskan  kepada Han Solo (Alden Ehrenreich) dan ia akan keluar pada bulan Mei ini.

  1. Ant-Man and the Wasp

Filem yang akan menceritakan mengenai pengembaraan Ant-Man (Paul Rudd) serta The Wasp (Evaangeline Lily) ini dijadualkan keluar pada bulan Julai ini.

  1. The Incredibles 2

Sama seperti Avengers, filem ‘The Incridibles 2’ juga turut menjadi filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Disney. Filem yang sebelum ini menceritakan mengenai sebuah keluarga yang mempunyai kekuatan berlainan akan mengetengahkan watak ibu, Elstigirl dan juga anak-anaknya pula. Ia dijangka keluar pada bulan Jun ini.

  1. Mulan

Selepas filem ‘Beauty and the Beast’ dan ‘Cinderella’, Disney akan mengeluarkan lagi satu filem mengenai puteri Disney mereka ke panggung wayang dan ia adalah ‘Mulan’ dan ia dijangka akan keluar pada bulan November ini.

  1. Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2

Filem ini akan menceritakan mengenai pengembaraan Wreck-It Ralph (John C Reilly) dan Vanellope von Schweetz (Sarah Silverman) di dalam dunia internet dan juga games. Istimewanya mengenai filem ini adalah ia akan menampilkan watak-watak  games kegemaran ramai seperti Sonic, Ryu, Eggman dan ramai lagi.

  1. Mary Poppins Returns

Filem ‘Mary Poppins’ lakonan Emily Blunt ini dijangka akan menjadi sebuah filem blockbuster dalam dunia perfileman itu kerana peminat filem ini telah menantikan remake-nya sejak 54 tahun yang lalu dan ia bukanlah satu masa yang pendek. Jadi sudah pasti ramai orang sudah tidak sabar untuk menyaksikan filem ‘Mary Poppins Return’ pada bulan  Disember ini.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *