Adakah kita tergolong dalam golongan orang riak?

Sifat riak ini adalah satu penyakit hati yang berbahaya. Dalam Islam riak termasuk dalam syirik kecil sehingga dilarang oleh agama Islam dan hukumnya adalah haram.

Malah, disebabkan riak amalan kita mungkin tidak diterima Allah. Rasulullah juga risau dan berpesan untuk menjauhi amalan riak.

Riak itu adalah berbuat yang dilakukan dengan sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Masing-masing berlumba untuk menunjukkan kelebihan diri pada umum. Tanpa sedar perbuatan itu dilakukan hampir setiap hari di media sosial atau melalui percakapan.

Jadi berhati-hatilah jika mahu memuatnaik sebarang status di Facebook. Antara riak yang ramai orang lakukan tanpa sedar terutamanya di media sosial.

Puji anak berlebihan

Ramai ibubapa tanpa sedar suka memuji anak cantik, bijak dan macam-macam lagi di media sosial. Tanpa sedar perkara ini membuatkan ramai orang menyampah. Jika ada antara rakan-rakan yang masih tiada anak pasti mereka akan berasa sedih.

Check in hospital mahal

Antara trend yang paling banyak dilakukan oleh pengguna media sosial check in hospital mahal dan kononnya memuat naik status meminta semua orang mendoakan cepat sembuh. Tetapi, sebenarnya dalam hati nak beritahu dia mampu pergi hospital mahal.

Bersyukur tak habis-habis

Selalu muatnaik gambar atau status tentang duit banyak. Kononnya niat mahu bersyukur dengan rezeki yang ada. Jika betul bersyukur tidak perlu beritahu di media sosial sebaliknya solat dan sujud syukur.

Tunjuk kereta mahal

Tangkap gambar jam dan logo stereng kereta, selalunya logo stereng kereta mahal dan mewah. Status yang dimuatnaik contohnya ‘jemnya jalan hari ni’, sedangkan nak tunjuk dia ada kereta mewah.

Shopping

Suka shopping dan muatnaik gambar barang shopping di media sosial. Yang pasti setiap barang shopping itu adalah barang jenama mahal. Nak berlagak kaya pun jangan menunjuk sangat.

Serba baru

Hampir setiap benda baru yang dibeli akan dimuatnaik di media sosial. Contohnya beli sofa baru, meja baru, langsir baru, rumah baru. Tak perlu nak bagitahu semua orang, orang pun tak nak tahu.

Muka lawa

Riak yang selalu dilakukan oleh golongan wanita dengan memuatnaik gambar selfie muka sendiri. Kapysen yang ditulis ‘tak cantik pun, tapi nak jugak upload’. Sebenarnya nak minta orang puji sebenarnya muka cantik dan lawa.

Mungkin ada antara perkara yang dilakukan oleh kita tanpa sedar berunsur riak. Sama-samalah kita berpesan agar kebaikan yang kita lakukan tidak tersasar.

Penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram ini tanpa sedar membuatkan penggunanya bersikap riak. Janganlah kita salahguna media sosial ini.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *