Air Kelapa Mampu Bantu Hilangkan Jerawat

Seperti yang kita semua tahu, terdapat banyak manfaat yang sangat berguna dengan kelapa. Daripada daun, batang dan buahnya semua boleh digunakan.

Tetapi, tahukah anda air kelapa bukan sahaja sangat enak diminum ketika cuaca panas, malah ianya juhga mempunyai banyak khasiat untuk menjaga kecantikan.

Terkejut kan..dibawah ini adalah antara khasiat air kelapa yang tidak diketahui ramai.

1. Hilangkan Jerawat

Sediakan segelas air kelapa, kemudian masukkan satu sudu kecil kunyit hidup yang telah diparut. Biarkan semalaman. Selepas dibiarkan semalaman, campur sedikit serbuk kayu cendana kemudian simpan semula selama tiga hari. Ramuan ini boleh digunakan selepas tiga hari dengan cara sapukan sedikit ramuan tersebut pada bahagian yang dinaiki jerawat dua kali sehari.

2. Cegah Rambut Beruban

Campurkan sebiji air kelapa bersama dengan satu sudu garam. Pastikan cuci rambut anda terlebih dahulu, kemudian sapukan air kelapa tadi pada keseluruhan rambut sambil menggosok perlahan-lahan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air biasa.

3. Serikan Wajah

Simpankan secawan air kelapa semalaman. Sapukan air kelapa tersebut pada keseluruhan wajah anda dan biarkan selama satu jam sebelum dibilas dengan air bersih.

4. Mengelakkan Kedut Diwajah

Cuci muka dengan air kelapa setiap hari untuk melambatkan proses penuaan atau kedutan pada wajah.

5. Cantikkan Tapak Kaki

Ambil segenggam beras kemudian rendamkan kedalam air kelapa selama 7 jam. Kemudian tapis beras tersebut dan tumbuk/kisar sehingga halus. Sapukan pada tapak kaki terutama pada bahagian yang keras, kasar ataupun menggelupas.

Selamat Mencuba! – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *