Altimet Nekad Untuk Bersara Menjelang Umur 40 Tahun

Komposer dan juga rappers yang terkenal dengan lagu seperti ‘Amboi’ dan ‘Kalau Aku Kaya’, Altimet mengatakan yang dia masih tetap dengan keputusannya untuk bersara dari merakamkan lagu dan membuat persembahan apabila memasuki usia 40 tahun.

Meskipun rezeki yang datang kepadanya melimpah ruah, tetapi Altimet tetap dengan keputusannya untuk bersara dari dunia seni. Jelas Altimet, semakin menghampiri masa untuk bersara, rezeki telah datang kepadanya tanpa henti, namun dia menganggap itu sebagai satu dugaan.

Yang mana, adakah disaat sedang dihujani rezeki itu dia akan menunaikan janjinya untuk bersara tapi sebagai seorang yang sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT berikan padanya, Altimet akan cuba melakukan yang terbaik sebelum bersara.

Selain itu, Altimet juga mengumumkan yang bermula 27 Disember tahun ini, iaitu pada hari jadinya yang ke-40, dia tidak akan merakamkan lagu ataupun membuat persembahan lagi, tapi itu tidak bermakna karier seni Altimet akan berakhir begitu sahaja.

Itu kerana Altimet masih akan mengikuti minatnya iaitu menulis dan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain. Sementara itu, Altimet pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew bersama Mizz Nina, DJ Fuzz, dan Taufiq. Namun, selepas kumpulan itu berpecah, Altimet meneruskan kariernya secara solo.

Keputusan itu pasti akan menyedihkan hati peminat tetapi kesedihan itu mungkin sedikit berkurangan kerana Altimet masih akan berkarya walaupun hanya melalui belakang takbir. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *