Anak Che Ta Dikecam Netizen Selepas Tayang Awek Jelita

Sejak semalam nama anak kedua Rozita Che Wan, Aniq telah menjadi topik ‘panas’ di media sosial dan ia berpunca daripada beberapa gambar mesra Aniq bersama seorang perempuan yang dikatakan kekasihnya.

Menurut laporan portal gosip, Aniq sebenarnya sudah lama memuat naik gambar mesra bersama wanita yang dikatakan kekasihnya itu sejak dari awal tahun lalu lagi, tetapi yang kurang menyenangkannya adalah disetiap gambar itu, pasti akan ada komen yang kuranng menyenangkan daripada netizen.

Rata-rata komen yang ditinggalkan netizen berbaur kritikan kepada Aniq mengatakan yang dia ‘bertuah’ kerana mempunyai wang dan disebabkan itu dia berjaya mendapatkan teman wanita yang cantik seperti wanita itu.

Malah, terdapat juga netizen yang menyamakan muka Aniq itu seperti tayar lori atau mengelarkan gadis itu sebagai ‘gold digger’ kerana sanggup bercinta dengan Aniq disebabkan oleh wang tanpa memikirkan mengenai rupanya.

Hamboi sampai kesitu perginya netizen, kadang-kala keterlaluan juga komen-komen dari netizen ini, macamlah anak Che Ta itu tidak kacak atau setanding untuk bercinta dengan gadis cantik seperti itu. Walhal tengok mereka berdua secocok sahaja, sama cantik sama padan orang kata.

Netizen yang kecam Aniq itu mesti berasa cemburu kerena Aniq sudah mempunyai teman wanita yang cantik seperti gadis Korea. Harap Aniq bersabar sahajalah menerima kecaman dari netizen itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *