Anak Perempuan Madonna Bangga Tayang Bulu Ketiak Berserabut

Menayangkan atau mendedahkan bulu ketiak mereka pada tempat awam bukanlah sesuatu yang baru untuk selebriti antarabangsa, mereka malah menganggap itu sebagai satu perkara biasa kerana ia adalah normal untuk seorang wanita mempunyai bulu di bahagian badannya.

Selepas selebriti-selebriti terkenal seperti Beyonce, Julia Roberts, Britney Spears, Drew Barrymore, Juliette Lewis dan kini yang terbaru adalah anak perempuan kepada bintang lagenda Hollywood iaitu Madonna, Lourdes Leon.

Leoudes yang merupakan seorang model telah dilihat tanpa segan menayangkan bulu ketiaknya sewaktu meraikan sambutan tahun baru bersama ibunya.

Di dalam gambar yang Madonna muat naik di Instagram-nya, Lourdes kelihatan dengan gembiranya mengangkat tangan keatas untuk memegang kepala ibunya yang sedang memegang dagunya daripada belakang, tanpa mengisahkan bulu ketiaknya kelihatan.

Malah, Lourdes kelihatan tersenyum melebar memandang kamera seperti itu adalah tiadal masalah untuknya menunjukkan bulu ketiaknya kepada orang ramai. Gambar itu juga telah menerima pelbagai reaksi di ruangan komen.

Dimana terdapat segelintir pengikut Madonna yang turut berasa tidak kisah melihat bulu ketiak anak Madonna itu, sementara ada yang berharap agar tiada sesiapa yang akan mengikut ‘trend’ Lourdes itu. Namun, yang sebenarnya, sebelum ini Madoona juga pernah memuat naik gambarnya bersama bulu ketiak yang banyak di Instagram.

Jadi mungkin Lourdes hanya ingin mengikuti jejak langkah ibunya, tapi apapun, harap tiada wanita di Malaysia yang ingin ikuti ‘trend’ tayang bulu ketiak itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *