Baby Shima ‘Laku Keras’ Di Indonesia

Jika dahulu nama Baby Shima agak kurang dikenali, tetapi selepas video dia dimarahi Mas Idayu sewaktu menyertai program realtiti D’Academy Asia musim ke-3 (DAA3) di Indonesia tahun lepas menjadi viral di media sosial, nama Baby Shima semakin dikenali.

Dan, itu turut diakui oleh Mas Idayu sendiri sewaktu ditemu bual oleh sebuah akhbar tempatan dimana bekas peserta DAA3 itu telah tidak henti dihujani dengan tawaran persembahan di Indonesia dan juga Malaysia.

Disebabkan itu juga, Baby Shima sangat berterima kasih pada Mas Idayu kerana oleh kerana video Mas Idayu memarahinya itu viral, namanya telah menjadi terkenal. Malah, Mas Idayu turut mempercayai yang tindakannya memarahi Baby Shima pada waktu itu adalah sebahagian daripada percaturan Allah SWT.

Yang Allah SWT telah aturkan untuk Baby Shima supaya dia dapat menaikkan namanya dalam industri seni. Meskipun, telah dikecam teruk, tetapi Mas Idayu mengatakan yang hubungannya dengan Baby Shima adalah sangat baik.

Oleh itu, sebagai mentor, Mas Idayu mendoakan semoga kerjaya seni anak didiknya itu semakin bersinar kerana dia memang dilahirkan untuk menjadi seorang artis.

Selain itu, Mas Idayu juga bakal menghasilkan single terbaru hasil kerjasama dengan anak didiknya, Baby Shima tidak lama lagi. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *