Bapa jijik anak pedofilia, serah kepada polis untuk beri pengajaran

Akibat menyimpan foto lucah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dalam telefon bimbit, seorang remaja ditahan selepas bapanya menyerahkannya kepada pihak polis.

Memetik Kansas City Star, Andrew Spensberger, 17 akan dibicarakan hari ini atas dakwaan menyimpan bahan lucah kanak-kanak.

Bapanya, Paul sebelum ini turut menemui dua foto anak saudara teman wanitanya yang sedang tidur dalam keadaan bogel dalam simpanan suspek.

Suspek dikatakan mahu menjual foto tersebut kepada rakannya yang pedofilia di sekolah dan bukannya untuk simpanan sendiri.

Dalam pada itu, Paul berkata dia berasa jijik dengan perbuatan anaknya itu.

“Dia rasa sangat teruk. Dia rasa menyesal dan dia takut (dipenjarakan). Saya boleh bebaskan dia tetapi dia perlu diberikan pengajaran,” kata Paul.

Paul juga difahamkan tidak mahu membayar wang jaminan terhadap anaknya sebagai pengajaran.

Sumber – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *