Belajar tinggi untuk ilmu atau kerjaya?

Orang tua-tua dahulu sering berpesan jika mahu menuntut ilmu biarlah sampai ke menara gading. Berbekalkan ilmu yang ada mudah unutk mendapat peluang kerja dan pangkat yang tinggi dalam pekerjaan.

Masa kini untuk menuntut ilmu itu memang mudah, selepas tamat SPM sahaja terdapat banyak surat dari pusat pendidikan tinggi swasta yang menghantar surat tawaran untuk melanjutkan pelajar di peringkat sijik, diploma dan ijazah.

Kemunculan ratusan pusat pendidikan swasta ini juga kena dengan sasaran yang ditetapkan di masa pada tahun 2020, 40 peratus penduduk mempunyai pendidikan di tahap tinggi.

Malah, setiap tahun dilaporkan terdapat lebih 450,000 mendaftar sebagai graduan dan jumlah ini hampir sama dengan pelajar yang mengambil peperiksaan SPM.

SPM adalah satu aliran pendidikan yang digunakan untuk menentukan aliran pendidikan tinggi dan juga kemasukan ke alam pekerjaan. SPM membuka ruang untuk pelajar dalam pelbagai aliran, iaitu akademik, teknikal, vokasional dan kemahiran selain agama.

Namun begitu, saban tahun satu pertiga lepasan SPM dianggarkan tidak bersedia untuk memasuki institusi pendidikan tinggi. Antara alasan tidak mahu melanjutkan ke tahap pendidikan lebih tinggi adalah pembiayaan pendidikan yang mahal dan peluang pekerjaan selepas graduasi.

Perkara ini menjadi persoalan sama ada orang ramai belajar tinggi untuk ilmu atau kerjaya.

Graduan lepasan dari peringkat sijil, diploma dan ijazah masih tidak memperolehi pekerjaan disebabkan beberapa faktor antaranya kecekapan berbahasa Inggeris, tidak mempunyai kemahiran, hanya berkelulusan akademik, tidak berpengalaman dan sikap.

Sebelum ini, dilaporkan hampir 400,000 rakyat Malaysia yang terdiri daripada graduan masih lagi menganggur. Walaupun telah lama menamatkan pengajian masih ramai graduan yang menganggur dan perkara ini sedikit sebanyak memberi kerugian besar kepada negara. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *