Beratus kelawar mati otak kering akibat cucas panas melampau landa Sydney

Akibat cuaca panas melampau yang melanda Sydney, beratus-ratus kelawar dilaporkan mati.

Malah, kumpulan haiwan tersebut mati selepas jatuh ke tanah akibat otaknya mengering umpama digoreng.

Suhu melampau sehingga 47.3 darjah celcius memberi kesan kepada otak kelawar tersebut.

Ini kerana haiwan tersebut dikatakan sebagai spesies yang paling kurang daya tahan seperti yang dipetik dari portal AFP.

“Para penyelamat berjaya menyelamatkan lebih dari seratus ekor kelawar, namun beratus juga yang mati dan terjatuh dari tempat mereka berpaut pada pokok.

“Para penyelamat dan sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk menyediakan cecair subcutaneous (SQ) (cecair yang mengekalkan hidrasi) untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa haiwan tersebut,” kata pihak Penyelamat dan Pendidikan Hidupan Liar New South Wales (WIRES).

Sumber – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *