Betul Ke Aiswarya Rai Ada Anak Lelaki Berumur 29 Tahun?

Baru-baru ini seorang lelaki yang berusia 29 tahun di India telah membuat mendedahan mengejut mengatakan yang dia sebenarnya adalah anak kepada pelakon wanita terkenal Bollywood yang juga merupakan bekas ratu cantik dunia iaitu Aishwarya Rai.

Lelaki yang bernama Sangeeth Kumar itu mengatakan yang dia telah dilahirkan oleh Aishwarya Rai melalui kaedah In Vitro Fertilization (IVF) atau permanian beradas di London pada tahun 1988, tetapi yang menghairankannya pada tahun itu, umur Aishwarya Rai baru sahaja berusia 15 tahun.

Selain itu, Sangeeth juga mendakwa yang Aishwarya kini sudah berpisah dengan suaminya, Abhishek Bachchan dan dia mahu ‘ibu’nya itu tinggal bersama-sama dengannya. Jelas Sangeeth lagi, dia tidak mendedahkan perkara itu sejak awal kerana telah ditipu oleh keluarganya.

Tetapi, kini apa yang dia mahu adalah untuk hidup bersama dengan ‘ibu’nya iaitu Aishwarya Rai. Aduh pelik betul manusia zaman sekarang ini, walhal sudah tentu-tentu pelik disitu kerana Aishwarya baru sahaja berumur 15 tahun pada waktu itu.

Jadi, mustahil untuknya melakukan IVF seperti yang dikatakan, lagi pula, muka Sangeeth dengan Aishwarya Rai juga nampak sangat berbezanya, tiada langsung iras-iras. Mungkin Sangeeth terlalu menyukai Aishwarya Rai sehingga menganggap menantu Amitabh Bachchan itu sebagai ‘ibu’nya.

Kalau macam itu, sejuta orang boleh beratur mengaku yang mereka itu adalah anak, ataupun kekasih kepada Aishwarya Rai. Aneh betul manusia zaman sekarang ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *