Brad Pitt Tak Kisah ‘Mengorat’ Awek Guna Nama Sendiri

Jika anda menyangkakan menjadi seorang selebriti terkenal seperti Brad Pitt adalah jalan termudah untuk mendapatkan kekasih, itu bermakna anda telah tersilap kerana Brad Pitt sebenarnya mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengorat wanita.

Sebelum ini, Brad Pitt memilih untuk memperkenalkan dirinya kepada wanita dengan mengunakan nama lain. Menurut E! Online, baru-baru ini Brad Pitt dilihat sedang mengorat seorang perempuan bernama Lydia di sebuah kafe di Los Angeles.

Brad dikatakan mengorat wanita yang kelihatan seiras Kate Bosworth itu bukan mengunakan nama Brad Pitt tetapi mengunakan namanya yang sebenar iaitu William, yang mana itu merupakan nama pertamanya, William Bradley Pitt.

Jelas sumber yang melihat kejadian itu, Brad Pitt tiba di kafe itu dengan pakaian serba kulit serta kacamata hitam menaiki motor. Brad kemudian bercakap dengan wanita itu sambil memperkenalkan dirinya sebagai ‘William’.

Wanita itu membalas teguran Brad dengan mengatakan yang dia kelihatan sama seperti ‘Bradley’ dan Brad menjawab soalan wanita itu sambil tersenyum dan mengelip mata menjelaskan yang Bradley itu adalah nama tengahnya.

Namun, perkenalan Brad dengan wanita itu hanya setakat itu sahaja, kerana selepas memperkenalkan dirinya Brad dilihat meninggalkan kafe itu.

Wah, boleh bayangkan momen perkenalan itu indah seperti di dalam filem, bertuah wanita bernama Lydia itu. Tapi, mana-mana wanita sekali pun, kalau ditegur oleh jejaka sekacak Brad Pitt dalam apa nama sekali pun pasti akan jatuh hati. Nasib baik dekat Malaysia tiada jejaka seiras Brad Pitt. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *