Bront Palarae Tak Mahu Watak Askar Yahudi Jadi Isu Besar

Pelakon Malaysia yang sedang meningkat naik di Indonesia, Bront Palarae mengatakan yang dia tidak menganggap wataknya dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2 (AAC2) adalah sebagai satu isu besar yang perlu disensasikan.

Dalam filem sekuel kepada filem hit Ayat-Ayat Cinta 1 (AAC1), Bront akan membawakan watak lelaki Yahudi yang merupakan bekas askar perang benama Baruth, dan bukan itu sahaja tetapi dalam filem itu juga Bront akan bertutur dalam Bahasa Hebrew.

Jelas Bront, jika dalam AAC1, watak Bahadur adalah yang paling kejam, kini dalam AAC2, wataknya, Baruth itu pula akan menjadi makhluk kejam, ganas, dan perosak wanita. Namun, pada Bront, tiada apa yang perlu dijadikan isu mengenai wataknya itu.

Kerana, dia bukanlah melakonkan watak ‘tok imam’ Yahudi, tetapi hanya merealisasikan watak bekas aksar Yahudi yang kejam. Tambahan pula, watak itu tiada berkaitan dengan politik mahupun agama, jadi tidak timbul isu terpesong akidah.

Apapun kita saksikan sahajalah nanti bagaimana Bront bawakan watak lelaki Yahudi bernama Baruth itu dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2 yang bakal ditayangkan pada 11 Januari ini di pawagam seluruh Malaysia. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *