Buang Plak Gigi Dengan Kaedah Paling Mudah

Gigi adalah pelengkap untuk sebuah senyuman yang manis. Mesti lah kan, kalau gigi buruk dan rongak senyum la sampai ke telinga sekali pun tetap nampak hodoh.

Sedari kita kecil lagi, puas ibu bapa, guru dan doktor gigi ajar cara bagaimana hendak menjaga gigi dengan baik supaya tidak berlubang, rongak dan sebagainya.

Jika malas dan sering melakukan perkara yang boleh merosakkan gigi seperti merokok, mengambil minuman berkafein dan tidak mendapatkan rawatan dari doktor gigi akan memberi kesan buruk pada gigi anda.

Disini kami ingin kongsikan beberapa cara mudah untuk anda menghilangkan plak-plak yang terdapat pada celah gigi dan menjaga kesihatan gigi.

1. Soda Bikarbonat

Serbuk soda bikarbonat ini seringkali digunakan dalam barangan perubatan. Anda boleh mencampurkan satu sudu teh soda bikarbonat dengan secubit garam. Kemudian tenyehkan pada berus gigi yang basah pada campuran tadi dan berus gigi seperti biasa.

2. Aloe Vera & Gliserin

Jom hasilkan ubat gigi semulajadi dengan menggunakan;

1 cawan air
1/2 cawan soda bikarbonat
1 sudu teh aloe vera gel
4 sudu teh gliserin tumbuhan
1 sudu teh pati minyak limau

Campurkan kesemua bahan diatas kemudian kacau sehingga menjadi pes. Berus gigi anda seperti biasa dengan menggunakan pes tadi. Gigi akan menjadi lebih putih dan bersinar selepas beberapa minit.

3. Kulit Oren

Gosokkan kulit oren pada gigi anda. Ia akan membantu membersihkan enamel yang melekat pada gigi dan memutuhkan serta menghalang kesan bakteria daripada merebak. Bilas dengan air selepas selesai menggosok gigi anda dengan kulit oren tersebut.

5. Bijirin

Ambil segenggam bijirin dan kunyah selama beberapa minit, kemudian ludahkan semula untuk membersihkan gigi. Gunakan berus gigi kering untuk membuang saki baki bijirin yang melekat pada celahan gigi tadi.

6. Larutan Cuka

Cuka adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk membersihkan gigi anda tanpa merosakkan permukaannya. Caranya;

2 sudu teh cuka epal
1 sudu teh garam
4oz air

Camourkan kesemua bahan diatas, gosok gigi dan bilas dengan campuran tadi. Ulang untuk beberapa hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat yang berguna buat kita semua. Selamat mencuba! –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *